Laman Utama

“Macam Mana Ni?”- Issey Panik Kena Cuci Najis Baby Pertama Kali

gempak
Syafiqah Jalal
03/09/2021
11:33 MYT
Sponsor Banner
“Macam Mana Ni?”- Issey Panik Kena Cuci Najis Baby Pertama Kali
Penyampai radio Gegar, Issey Faszlisham akui panik apabila pertama kali perlu mencuci najis bayinya yang baru sahaja dilahirkan pada 31 Ogos lalu.
Issey berkongsi pengalamannya itu dalam sebuah rakaman video di akaun Instagram miliknya.
“Hari kedua jadi bapa. Pengalaman pertama nak basuh najis baby. Adeh. Daddy yang panik ni.
“Eh macam mana ni?,” katanya.
Menerusi video tersebut, Issey berkongsi pengalamannya dengan keadaan cemas apabila melihat najis bayinya.
Lucunya, apabila bayinya menangis dan Issey kelihatan seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi.
Dalam masa yang sama, Issey memberitahu dia akan mengumumkan nama putera sulungnya tidak lama lagi.
“Insya-Allah dalam masa terdekat ni Issey akan umum nama baby,” maklumnya.
Gelagat Issey itu bagaimana pun mendapat pelbagai reaksi dari pengikut laman sosial yang rata-rata merasakan ia lucu.
Issey baru sahaja menimang cahaya mata pertamanya di sebuah hospital swasta pada tanggal hari Kemerdekaan yang ke-64 baru-baru ini.
Untuk rekod, Issey dan isterinya, Aimi bernikah pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.
Aimi mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan terdahulu, Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024