HIBURAN
“Macam Mana Pun Saya Tetap Akan Ceraikan Dia” - Suami Zehra Zambri
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin, 42, menyatakan akan menceraikan isterinya tetapi bergantung kepada Majlis Tahkim yang berlangsung hari ini.
Majlis Tahkim adalah untuk mencari jalan damai atau menentukan sama ada perceraian perlu berlaku.
“Saya akan ceraikan dia, macam mana keadaan sekali pun.
“Saya cakap dengan dia, saya boleh ceraikan tapi dengan talak raj’ie (masih boleh rujuk dalam tempoh iddah).
“Tapi kalau tak sampai persetujuan, hak bercerai itu akan diberi kepada mahkamah. yang dipanggil sebagai talak ba'in (diputuskan oleh mahkamah).
“Tapi sama ada kes perceraian selesai pada hari ini bergantung pada Majlis Tahkim,” katanya yang ditemui di Mahkmah Rendah Syariah Hulu Langat pada Rabu.
Dalam masa sama, Iqwan juga masih kekal dengan pendiriannya menuntut agar Zehra menggugurkan empat daripada lima tuntutan dalam permohonan cerainya.
Antara tuntutan dikemukakan pada permohonan cerai Zehra adalah tiada persefahaman, culas menjalankan tanggungjawab, sikap suami, pengabaian dan perkahwinan yang sudah tidak dapat diselamatkan.
Katanya pengugurqn tuntutan itu perlu kerana bakal mendatangkan implikasi undang-undang di pihaknya.
“Saya minta dia ubah tuntuan. Saya taknak cakap banyak dalam hal ni sebab ada implikasi undang-undang jika tututan tak diubah.
“Contohnya, dia cakap saya mengabaikan dia sedangkan saya tak buat benda itu,” katanya.
Terdahulu, Zehra yang tiba di mahkamah kira-kira jam 9 pagi tadi ditemani bapanya Zambri Ahmad, tetap dengan pendirian enggan menggugurkan empat daripada lima tuntutan yang dikemukakannya dalam permohonan perceraian.
Antaranya tiada persefahaman suami isteri, culas menjalankan tanggungjawab, sikap suami, pengabaian dan perkahwinan yang sudah tidak dapat diselamatkan.
Manakala, Iqwan pula tiba di mahkamah pada jam 9:20 pagi.
Iqwan sebelum ini hanya bersetuju dengan satu tuntutan iaitu tiada persefahaman justeru enggan menceraikan isterinya.
Dalam pada itu, Zehra berharap proses Hakam Islah pada hari ini akan berjalan lancar.
Pada 7 Mac lalu, Zehra memfailkan permohonan cerai secara 'fast track' ke atas suaminya selepas mendakwa lebih tiga tahun berusaha mempertahankan rumah tangga mereka, namun menemui jalan buntu.
Mahkamah kemudian memutuskan agar pasangan terbabit melantik wakil bagi menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) disusuli lantikan hakam selepas tiada lagi jalan penyelesaisn
Zehra dan Nur Iqwan mendirikan rumah tangga pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela.
Must-Watch Video