Hiburan
"Macam Mana You Bawak Lori? Mabuk? Ada Lesen Takda? Tunjuk Lesen! - "Salina Saibi Mengamuk Kereta Dilanggar
Siapalah tak mengamuk kalau kereta yang diletakkan dilanggar pemandu lori ketika cuba mengundurkan lorinya.
Menurut pelakon Salina Saibi, keretanya dilanggar dengan lori berhampiran lokasi penggambaran.
"Kete kita kena langgar semalam dengan lori dekat lokasi shooting. Boleh tengok kat IG story. Pecah cermin, rabak bumper. Kita tak ada apa-apa. Sihat allhamdulillah.
Gambar tu gambar shooting tau," tulis Salina merujuk kepada gambar berdarah yang diletakkan pada entri di Instagram miliknya.
Walaupun hati mungkin panas, tapi Salina tetap menulis secara meletakkan pantun pada entri tersebut.
"Sape langgar? Ada ubi ada batas Ni Juwita nak pesan.
Memandu dijalan raya hendaklah sabar,
Jangan memandu secara bahaya,
Lampu merah jangan dilanggar,
Kerana itu kesalahan jalan raya.
Semasa memandu janganlah terburu-buru,
Memandulah dengan cara yang berhemah,
Jangan kita memandu melebihi had laju,
Nanti surat saman sampai ke rumah.
Orang tua selalu berpesan,
Berhati-hati dijalan raya,
Jangan memotong barisan,
Kerana itu bukan budaya kita.
Jangan memandu mengikut hati,
Naik motor topi jangan lupa dipakai,
Memandulah dengan berhati-hati
Semoga kita selamat sampai
Berhati-hati keluar disimpang,
Pastikan tiada kenderaan yang datang,
Kiri dan kanan harus dipandang.
Semasa hendak membelok disimpang.
Semoga pantun yang dikongsikan dapat memberikan kesedaran kepada kita semua. Diharapkan Salina mendapat gantirugi yang sepatutnya dan agar pemandu lain supaya berhati-hati di jalan raya.
Must-Watch Video