Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Macam Menunggu Jodoh Yang Tak Kunjung Tiba…”- Penantian Farahdhiya Berakhir

Syafiqah Jalal
18/09/2021 11:26 MYT
Pelakon Farahdhiya berkongsi rasa gembira kerana berjaya khatam al-Quran semalam.

Manis bertudung, Farahdhiya, 37, juga lega apabila dalam pada masa sama telah genap 14 hari mendapat vaksinasi lengkap Covid-19.

“Alhamdulillah. Hari ini (semalam) hati berbunga-bunga. Pertamanya sebab dapat khatam al-Quran dan pada masa sama cukup 14 hari selepas disuntik dos kedua vaksin AstraZeneca. Saya telah divaksinasi penuh,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu Farahdhiya sempat berseloroh dengan mengibaratkan menunggu untuk mendapatkan dos kedua vaksin AstraZeneca umpama menunggu jodoh.

“Menunggu dos kedua vaksin AstraZeneca macam menunggu jodoh yang tidak kunjung tiba. Lama sangat!” tulisnya.

Sementara itu, Farah yang juga pelakon itu turut memaklumkan sebelum ini dia mengambil masa untuk berehat dari media sosial.

“Alhamdulillah. Saya dapat rehat yang baik dan kini saya kembali!” beritahunya.

Paling yang membuatnya teruja adalah untuk kembali berlakon selepas Perintah Kawalan Pergerakan fasa tiga (PKP 3.0) yang dilaksanakan kerajaan sejak Mei lalu.

“Paling tidak sabar untuk kembali bekerja. Nantikan projek terbaharu saya yang akan datang. Jaga diri semua,” katanya.

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)

#Farahdhiya #Vaksin #COVID-19 #Khatam #Dos #Lengkap
;