Berita
“Macam Mimpi, Setiap Hari Macam Pengantin Baru…”- Sweetnya! Ebit Lew Sambut Anniversary Ke-12
Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 pada hari ini, 1 Ogos 2020.
Ebit bersyukur kerana selama 12 tahun hidup bersama isterinya, dia rasa amat bahagia seperti baru semalam berkenalan.
“Bidadariku, selamat ulangtahun perkahwinan kita 1/8/08. Rezeki kita telah bersama 12 tahun Insya-Allah cinta sampai syurga. Kurnia Allah. Terima kasih menjadi bidadari dalam hidup abang.
“Syukur pada Allah yang menemukan kita. 12 tahun kita bersama. Macam mimpi. Setiap hari rasa macam baru semalam berkenalan. Setiap hari rasa makin jatuh cinta. Setiap hari macam pengantin baru,” katanya.
Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri terbabit, Ebit turut berkongsi sebuah video bersama isterinya ketika berada di pasarayanya, Elewsmart.
Tambah Ebit lagi, dia tidak mungkin boleh berdakwah dan berkhidmat kepada masayarakat tanpa sokongan isterinya selama ini.
“Tanpa bidadari abang tak tahulah bagaimanalah nak berdakwah, berkhidmat kepada insan keliling dan berjuang.
“Ya Allah terima kasih atas anugerahmu penyejuk mata dan peneman perjuangan ini.
“Terima kasih menemani perjalanan hidup ini. I love you,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata kagum serta terinspirasi dengan cara Ebit melayan isterinya.