Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Macam Model!" - Keletah Spontan Cucu PM, Jeanelle Nika Datang Parlimen Curi Perhatian Ramai

Amri Hassan
17/11/2021 14:13 MYT
Keletah spontan dan bersahaja cucu Perdana Menteri, Jeanelle Nika Mandagie ketika menemani datuknya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021 di bangunan Parlimen, petang tadi mencuri tumpuan lensa kamera.

Tidak kekok menyusun langkah meskipun gerak-gerinya sentiasa dirakamkan kamera, Jeanelle, 4, kelihatan begitu yakin ketika dipimpin datuknya pada majlis itu.

Anak sulung kepada pasangan usahawan dan pereka fesyen ternama, Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Sabrina Ismail Sabri itu juga begitu manja di sisi datuknya.

Tak malu tak segan, Jeanelle kelihatan bersahaja dan berjalan penuh yakin persis model cilik meniti pentas peragaan sepanjang bersama datuknya itu. Malah dia menunjukkan kematangan apabila langsung tidak meragam ketika dikelilingi ramai.



Terdahulu dalam ucapannya ketika majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021, Ismail Sabri berkata, kanak-kanak amat berharga di hatinya kerana mereka merupakan anugerah Tuhan yang amat bererti.

"Saya percaya, adalah tidak memadai jika kita hanya memperuntukkan satu hari dalam setahun untuk memperingati hak dan keperluan yang sepatutnya dinikmati mereka," katanya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut menyeru Keluarga Malaysia supaya lebih berusaha untuk melindungi kanak-kanak kerana mereka bakal menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang.

"Setiap kanak-kanak mempunyai hak asasi untuk mendapatkan pendidikan dan membesar dalam suasana yang kondusif agar mereka mampu menjadi individu yang boleh mencapai potensi penuh serta mengejar impian mereka," tambahnya.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!



#Viral #Jovian Mandagie #Datuk #Parlimen #Cucu #Jeanelle Nika Mandagie #Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob #Hari Kanak-Kanak
;