"Macam Nak Dapat Adik Baru Rasanya" - Soalan Cepu Emas Netizen Pada Fahrin Ahmad

Elrafaei Sapi
Ogos 17, 2018 16:48 MYT
Kehidupan pelakon dan pengacara TV, Fahrin Ahmad kini sangat bahagia bersama isteri dan anaknya sehingga ada peminat bertanya sama ada dia bakal menimang cahaya mata kedua.
Sebagai selebriti, Fahrin juga berkongsi pelbagai gambar keluarganya di media sosial menerusi akaun Instagramnya, @fahrinahmad_fa.
Antara gambar terbaru adalah aksi Fahrin bersama isteri, Elena Hani Eleas dan anaknya di dalam keretanya.
Pelbagai komen dilontarkan netizen dalam status itu antaranya menyifatkan keluarga Fahrin sebagai pasangan bahagia.
Peminat juga tumpang gembira dengan kebahagian yang dilalui Fahrin kini sambil mendoakan pelakon itu terus bertambah gembira.
"Alhamdulillah happy family @fahrinahmad_fa," kata @rodziahmohamed67.
Namun, ada juga komen netizen yang mengusik Fahrin dengan memberi soalan ‘cepu emas’ iaitu jika pasangan suami isteri itu bakal mempunyai seorang lagi cahaya mata.
"Macam nak dapat Adik Baru ....rasanya," kata @putriaidaisabella.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @fahrinahmad_fa
#Fahrin Ahmad