"Macam Orang Arab" - Tampil Berhijab, Misha Omar Dipuji Ramai!

Asraf Aided
Oktober 15, 2018 05:22 MYT
Penyanyi Misha Omar telah berkongsi sebuah video mengenakan tudung yang menutup penuh bahagian kepala dan lehernya.
Video itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Ekoran perkara tersebut, rata-rata netizen telah memuji imej Misha yang berhijab itu.
"Sejuk mata memandang tengok Misha pakai tudung.
"Cantik bila Misha bertudung.
"Macam orang Arab apabila Misha bertudung," antara tulis netizen.
Pada masa yang sama, ada juga netizen yang berharap agar Misha terus mengekalkan imej tersebut kerana menurut mereka, Misha kelihatan lebih manis berbanding imej yang ditampilkan sebelum ini.
#Misha Omar