"Macam Pengkid Je" - Netizen Carut Ben Ladin Di Instagram Waris! Pulak Dah...

Amri Hassan
Oktober 12, 2018 00:55 MYT
Tak semena-mena sepotong video yang dimuat naik oleh penyanyi Waris di Instagramnya mengundang kecaman daripada netizen.
Bukan kerana diri sendiri sebaliknya netizen mengutuk penyanyi yang sedang viral kini, Ben Ladin.
Ben Laden kata netizen nampak seperti seorang wanita berperwatakan lelaki (pengkid).
Pelbagai komen-komen jahat ditulis pada video yang memaparkan Ben Ladin sedang menyanyikan lagu Terbaik Bossku nyanyian asal Waris itu.
Malah, masih ada segelintir netizen yang belum move-on dengan video soal jawab pengetahuan am bersama Ben Ladin yang tular sejak awal September lalu.
Namun, di sebalik kecaman itu, terselit juga beberapa komen yang memuji kecomelan Ben Ladin dan kelancaran menyanyikan lagu rap penyanyi lain.
#Viral #Waris #Viral #Ben Ladin