,
Gaya Hidup

"Macam Perarakan Hari Merdeka Je..." - Zizan Razak Perli 'Rekaan Terbaru' Motosikal Shuib... Lawak!

Hanafis Haris
18/06/2019
06:34 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berkongsi pengalaman melucukan apabila motosikal jenis Y15ZR (YSuku) miliknya 'bertukar wajah' selepas diubah suai oleh isterinya sendiri, Siti Sarah.
Hasil kreativiti Sarah itu telah dimuat naik di Instagram Shuib malam semalam.
"Tajuk filem: Asalkan kau bahagia, tempahan moto berhiasa dibuka sekarang," katanya.
Sehingga kini ruangan komen pada entri Shuib itu telah dibanjiri dengan pelbagai reaksi menarik dari netizen serta rakan artis.
Paling melucukan adalah komen daripada pelawak Zizan Razak.
"Ib, Aku rasa kau boleh konvoi bila tiba hari kebangsaan. Macam perarakan hari merdeka je motor kau tu," kata Zizan.
Komen Zizan itu sekali gus mencuri tumpuan netizen termasuklah pelakon Nabila Huda.
Sehingga kini komen terbabit telah menerima 4,497 likes.
Sementara itu, Sarah turut memuat naik video penuh di sebalik tabir pembikinan motosikal berkenaan di entri Instagramnya.
Berdasarkan video terbabit, Sarah telah menambah motosikal itu dengan pelbagai perincian dan corak.
Menurut Sarah, dia mahukan sesuatu yang lebih nampak ganas, 'robotish' dan pada sama sama nampak diva.
Anda boleh lihat video penuh dibawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Terseret Bawah Treler, Peserta Himpunan RXZ Maut Elak Patung Penyu Di LPT2

gempak
15/09/2024
14:28 MYT
Gara-gara mengelak patung replika penyu yang terjatuh di atas lebuh raya, seorang peserta RXZ Members 6.0 maut dalam kemalangan di Kilometer 379.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Ajil menghala ke Bukit Besi, Terengganu pada Ahad.
Viral

Berlagak Pakai BMW, Remaja Teruk Dihencap Netizen Sebab Hina Penunggang Motosikal - "Muka Pun Macam..."

gempak
03/09/2024
13:55 MYT
"Kerana mulut badan binasa", itulah peribahasa yang sesuai digunakan untuk menggambarkan individu yang tidak menjaga percakapan sehingga memakan diri.
Berita

Lesen Motosikal B2 Akan Dinaiktaraf Ke B Tidak Lama Lagi

gempak
01/08/2024
18:55 MYT
Kerajaan akan mengumumkan keputusan pelaksanaan menaik taraf lesen motosikal Kelas B2 kepada B penuh secara automatik tidak lama lagi.
Hiburan

Netizen Geram, Tak Suka Shuib Kerap Jaja Cerita Tentang Arwah Siti Sarah - “Dia Ni Diam Boleh Tak”

gempak
29/07/2024
23:56 MYT
Pelawak dan pelakon, Shuib merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah kehidupannya secara terbuka.
Berita

Jurulatih Badminton Mabuk, Didakwa Langgar Mati Penunggang Motosikal

gempak
29/07/2024
11:13 MYT
Seorang jurulatih badminton sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pada Isnin atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal.
BorakSeeni