Pelakon Rita Rudaini mengakui kesal apabila ada pihak yang sering mendakwa dia sengaja mengaitkan dirinya dengan bekas suaminya, pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan sehingga sekarang di media sosial.
Menurut Rita, sejak bercerai enam tahun lalu, dia tidak pernah mengaitkan lagi dirinya dengan bekas suami namun hanya berkongsikan tentang kisah anak-anaknya di media sosial.
"Kisah antara kami sudah pun berlalu sejak enam tahun lalu dan saya tidak pernah sesekali berkongsi mengenai kisahnya di media sosial sejak itu lagi.
"Saya dah move on tapi netizen yang tak move on lagi sebenarnya. Apabila saya kongsikan mengenai anak-anak mereka akan kaitkan posting tersebut dengan bekas suami.
"Ibaratnya, macam saya dan Aidil tidak dapat dipisahkan, siapa yang tak move on ni sebenarnya?," katanya kepada Gempak.
Tambah Rita dia berharap agar netizen dapat menghentikan perbuatan tersebut memandangkan Aidil sudah mempunyai kehidupan dan keluarga sendiri.
"Bagi saya perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Aidil sudah mempunyai kehidupan dan keluarganya sendiri sekarang," ujarnya.
Rita berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media All Stars Buka Panggung, di The Starling Mall, Damansara Utama, pada Selasa.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan bekas suaminya, Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7.
Dalam perkembangan terkini, Rita akan menyertai All Stars Buka Panggung akan disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Program ini akan menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara.
Berikut merupakan para All Stars yang akan bertanding dari minggu pertama hingga ke minggu ke lima.
All Stars Minggu Pertama
1) Datuk Aaron Aziz
2) Datin Seri Umie Aida
3) Naim Daniel
4) Liyana Jasmay
All Stars Minggu Kedua
1) Datuk Rosyam Nor
2) Datin Diana Danielle
3) Fizo Omar
4) Farahdhiya
All Stars Minggu Ketiga
1) Fahrin Ahmad
2) Zulhuzaimy
3) Sharifah Sakinah
4) Sweet Qismina
All Stars Minggu Empat
1) Datuk Fizz Fairuz
2) Johan As’ari
3) Rita Rudaini
4) Ruhainies
All Stars Minggu Lima
1) Fauzi Nawawi
2) Izzue Islam
3) Noorkhiriah
4) Mona Allen
Seorang pemenang akan dipilih pada setiap minggu bagi merebut peluang bertanding pada minggu separuh akhir dan hanya empat peserta yang bakal melayakkan diri ke peringkat akhir untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM 50,000 berserta trofi.
Untuk setiap minggu, juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4000 kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri seni tanah air.
Program ini akan bersiaran selama 7 minggu bermula 6 September, setiap Jumaat, pukul 9 malam secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam.
Rozaimi Zubaidi
Fri Aug 23 2019
Kieda Crepe Dikritik Gara-Gara Rekaan T-Shirt Jualannya Mirip Logo Kumpulan NCT Dream?
Kieda menerima kritikan selepas salah satu baju-t yang dipasarkan baru-baru ini didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.
“Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Aliff Aziz mohon maaf atas segala kontroversi yang berlaku.
Sarah Yasmine Spill The Tea, Aliff Aziz; “Hope You Enjoy This 5 Minutes Fame & Tidur Lena, Goodbye”
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz tampil mengulas isu mengenai pendedahan yang dibuat oleh ‘kekasih gelapnya’, Sarah Yasmine baru-baru ini.
Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk Kata Benda Ini Perangkap Ke, Saya Tidak Dalam…”
Aliff bercakap mengenai isu kena tangkap khalwat.
Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz mendedahkan tentang kronologi bagaimana dia mendapat tahu yang isterinya, Bella Astillah sedang ‘berkomunikasi’ dengan lelaki lain di belakangnya.
Dari Perkahwinan Bergolak Ke Curhat, Berputik 'Cinta Lokasi' Aliff Aziz & Ruhainies? - "Jika Saya Dapat Undur Balik Masa..."
Selebriti kontroversi Aliff Aziz mengakui terjalin cinta lokasi antara dirinya dan aktres, Ruhainies semasa penggambaran sebuah drama baru-baru ini. Memberi penjelasan tentang perkara tersebut, Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, memberitahu permulaan kepada berlakunya hubungan berkenaan adalah apabila dirinya sentiasa memendam per
Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah - “Tak Tahu Nak Mula Macam Mana”
Aliff dah lebih 40 hari tak bercakap dengan Bella & anak-anak.
Akhyar Rashid Cedera Dibahagian Kepala, Dipukul & Disamun
Allahuakhbar...
Pupuk Minat Kanak-Kanak Dalam Bidang Seni, Genius Aulad Sentiasa Jadi Pilihan Stesen Televisyen
Tidak hanya fokus kepada pendidikan, peneraju dalam pendidikan awal kanak-kanak, Genius Aulad (GA) turut memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni.
Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb