Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Macam Semenyih-KLCC Weh” - Warga Emas Cacat Penglihatan Jalan Kaki Demi Vaksin Buat Ramai Rasa Serba Salah!

Gempak
15/07/2021 00:42 MYT
Seorang warga emas berusia 78 tahun mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila sanggup berjalan kaki demi mengambil vaksin.

Difahamkan, Shaikh Ramly Sheikh Ahmad berjalan kaki sepanjang 35 kilometer (km) dari Kampung Kertau ke Klinik Kesihatan Kuala Wau, Pahang.

Namun, apa yang membuatkan ramai tersentuh, warga emas itu juga mempunyai masalah cacat penglihatan.

Difahamkan, Shaikh berjalan seorang diri dengan bertongkat dan membawa sebuah beg dari jam 6 pagi.

"Saya keluar rumah seawal jam 6 pagi kerana perlu berjalan untuk ke klinik berkenaan yang terletak agak jauh dari rumah.

"Saya memang harap dapat suntikan hari ini kerana saya tidak pernah mendaftar vaksinasi disebabkan tiada kemudahan teknologi, selain masalah penglihatan," katanya menerusi Berita Harian.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di platform Twitter, rata-ratanya terkejut dengan keberanian warga emas itu memandangkan 35 km bukanlah satu jarak yang dekat.

“Kita yang baca ni pun dosa sebab tak mampu nak tolong”

“35km macam dari Semenyih ke KLCC ya”

“Rasa berdosa, bayangkan atuk atau ayah sendiri,” tulis beberapa netizen.

Sumber Gambar : Berita Harian

#Vaksin #Wargaemas #CacatPenglihatan #JalanKaki
;