Macam Tak Percaya Faliq Dah Umur Dua Tahun – Erin Malek

Mya Amri
Oktober 4, 2017 03:56 MYT
Pelakon Erin Malek akui masih tidak percaya anak sulungnya, Mohamed Faliq kini sudah berusia dua tahun.
Erin memberitahu perkara tersebut menerusi ruangan komen pada salah satu foto yang dimuat naik di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Foto tersebut merakamkan gelagat Faliq yang teruja melihat kek hari jadi bertemakan watak animasi popular ‘Thomas and Friends’.
“Terima kasih semua untuk ucapan hari jadi. Macam tak percaya Faliq dah berusia dua tahun,” tulisnya ringkas.
Foto tersebut juga turut menerima ucapan hari jadi oleh pelakon Lisa Surihani.
“Happy 2nd birthday dear Faliq!,” tulis Lisa.
Dalam pada itu, Erin juga turut memberikan ucapan buat anak kesayangannya itu.
Terdahulu, Erin dan suami, Farriz telah berkahwin pada 10 Oktober 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamed Faliq, 2, dan Nur Aisha yang dilahirkan pada 10 Februari lalu.
Foto: Instagram @erinmalekofficial
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Erin Malek #Hari Jadi