“Macam Teh Tarik” - Ameera Khan Bergurau Air Sungai Kelantan Warna Kuning, Netizen Setuju

Azwa Rahman
Ogos 3, 2020 08:49 MYT
Personaliti media sosial dan adik kepada Neelofa, Ameera Khan mencuri perhatian wargamaya apabila menyamakan air sungai di Kelantan seperti teh tarik.
Menerusi laman sosial Instagram, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan berkongsi sekeping foto air sungai di Kelantan ketika berada di dalam penerbangan pulang ke kampung halaman.
“Kalah ia tak nampak macam teh tarik, anda bukan di Kelantan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, jelas kelihatan aliran sungai di negeri itu yang berwarna kuning dan keruh, sama seperti air teh susu.
Bukan sahaja air sungai, wargamaya turut menyamakan pakaian Ameera seperti sut pelindung diri (PPE) yang disarung oleh para frontliners.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju dengan gurauan Ameera.
Malah, mereka berpendapat air sungai di Kelantan menjadi kuning gara-gara aktiviti pengondolan hutan dan kegiatan pembalakan yang semakin berleluasa.
“Hahahaah teh tarik tapi betul ye,” kata seorang wargamaya.
“Bukan teh tarik tapi teh beng,” usik seorang wargamaya.
“Kuat membalak di Kelantan. Habis hutan di kawasan sini ditarah,” komen seorang wargamaya.
“Chai la sedap sikit bunyi dia Ameera,” tulis seorang wargamaya.
“Betul sangat la tu,” sokong seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 70,000 tanda suka daripada wargamaya.
#Ameera Khan #Little Miss Khan #Sungai Kelantan