"Macam Ular Sawa Belit" - Hatta Dolmat Komen Fesyen Ella, Mahu Imej Dahulu

Amri Hassan
Disember 14, 2017 11:23 MYT
Pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat menyuarakan kekesalan terhadap gaya dan fesyen Ratu Rock, Ella.
Kata Hatta, fesyen yang digayakan Ella kini tidak mencerminkan personalitinya sebagai legenda dalam muzik rock tempatan.
"Saya kasihan tengok Ella, saya suka imej dahulu Ella.
"Yang sekarang ni tak fahamlah, macam ular sawa belit Kak Ella pun ada.
"Jangan pelik-pelik sangat Kak Ella, tak rock langsung," tulis Hatta di laman media Twitter miliknya semalam.

saya kasihan tengok Ella saya suka imej dulu ella, yang now ni tak faham laa mcm ular sawa belit kak ella pun ada. jgn pelik pelik sgt kak ell. tak rock langsung!

— HATTA DOLMAT (@hattadolmatHDC) December 13, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hatta mengulas gaya terkini Ella ketika mengadakan persembahan termasuk konsert terbaharu di salah sebuah lokasi berprestij negara.
Pereka fesyen itu juga meninggalkan komen di ruangan komentar salah satu gambar Ella ketika beraksi pada konsert Ella Live with the MPO, A Rock Queen Journey di Dewan Filharmonik Petronas pada awal Disember lalu.
Hal itu disokong oleh beberapa peminat setia Ella yang merindukan imej penyanyi rock itu yang dahulu.
"Kak Ella, saya merindukan imej yang dahulu. Saya rindukan imej kemeja-t putih dengan gaya rock," tulis salah seorang peminat Ella.
Namun, gaya yang dibawakan Ella itu dipersetujui oleh beberapa peminat setia penyanyi lagu Kesal itu yang melihat imej yang digayakan seiring dengan usia dan kematangan Ella.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter @hatta_dolmat, IG @ellaaminuddin
#Penyanyi #Ella #Hatta Dolmat #Penyanyi