Laman Utama
“Macam Voice Over Suara Barbie” – Anak Faezah Elai Jadi Perhatian! Speaking Power, Comel Macam Lalisa
Anak sulung pelakon Faezah Elai, Dealova Heyrinna menjadi perhatian netizen kerana kefasihannya bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Bukan hanya sekadar pertuturan malah gaya dan intonasinya juga disamakan seperti suara latar animasi popular, Barbie.
Video pendek yang dikongsi Faezah di akaun Instagramnya itu merakamkan gelagat Dealova beberapa tips sebelum memulakan percutian.
Menurut Faezah, anak perempuannya itu memberikan tips tersebut kerana dia juga pernah terlepas penerbangan sebelum ini.
“Ish anak budak ni mengata cheq ka… Sebab kami penah terlepaih flight… Dok tak dok lepaih naik flight tadi teroih nak bagi tips travel hacks…
“Hurm… Dealova ni cemdek mommy dengan daddy lah ni! Bertuah punya anak!” tulisnya dalam loghat utara.
Paling melucukan, tanda pagar Faezah tentang celoteh anaknya juga mencuit hati iaitu #bilaanakbagitipstakmaulambatnaikflight.
Selain itu, wajah Dealova juga turut dikatakan mirip salah seorang anggota kumpulan K-Pop terkenal, Lisa BLACKPINK sewaktu kecil.
“Comel macam Lisa Manoban,” komen @amirahqueens
“Macam voice over suara Barbie,” puji @syuhadaisahak_
“Tudia anak depa speaking berabuk aih,” tulis @suhana.sonne
Sehingga kini, video Dealova itu mendapat lebih 85,000 tontonan.
Must-Watch Video