Melihat pada imej yang dibawakan Datuk Fazley Yaakob sejak dahulu lagi, penyanyi dan pelakon ini selalu berpenampilan kemas.
Bahkan, setiap kali dia muncul di kata TV mahu pun acara-acara anugerah, sudah pasti apa yang digayakan kelihatan sesuai dengan sosok tubuhnya.
Justeru, tidak hairan jika baru-baru ini, peserta Gegar Vaganza 8 itu secara suka-suka menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya untuk melihat bagaimana rupa dirinya apabila wajah ditumbuhi janggut.
“Pemberitahuan, ini hanya percubaan penggunaan aplikasi… muka saya susah tumbuh janggut dan saya tak tindik hidung ok?!
“Hahaha anyways, pagi-pagi ni dah ada followers tanya, kenapa saya tak pernah simpan jambang tebal? Jawapannya, sebab memang jambang tak tumbuh tempat lain melainkan janggut sejemput bawah dagu tu!
“Nak buek camno? Walaupun saya berketurunan, Jawa, Minang dan Pakistan, bulu-bulu di wajah macam tak cukup DNA ayah saya yang sememangnya boleh berjambang penuh.
“So dah puas tengok saya ada bayangan jambang macam ni? Ok ke tak?” tanya Fazley.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji wajah Fazley selepas ‘berjambang’. Tidak kurang juga ada yang menyamakan dirinya dengan penyanyi antarabangsa, Zayn Malik.
“Macam Zayn Malik” tulis pengikutnya ringkas.
Begitupun, ada juga beberapa komen yang menyatakan penampilan sedia ada sudah cukup elok di mata mereka.
“Tak payah lah jambang tu tak handsome pun… cukup kumis tu je ok,” tulis seorang pengikut Fazley.
“Takpa la bang. Tak payah jambang banyak sangat. Yang sekarang ni dah match sangat dengan muka,” ujar seorang lagi pengikutnya.
Izwan Isa
Thu Feb 03 2022


Zakir Naik Ditahan Di Oman, Dihantar Pulang Ke India
Penceramah bebas Zakir Naik dilaporkan akan ditahan dan diusir dari Oman untuk dihantar pulang ke India.

“Kita Semua Cantik Tak Kira Apa Jua Saiz Badan! Jangan Insecure!” - Dina, Cik B Mahu Wanita Yakin Diri
Yang penting kena yakin.

Lantik Adi Putra & Nora Danish Sebagai Duta, Starvilion Labur RM3 Juta
Meriah dengan koleksi Starvilion

Masjid Hagia Sophia Dibersih Dengan Air Mawar & Gemerlapan Sempena Ramadan
Bulan mulia Ramadan disambut penuh gembira oleh umat Islam di seluruh dunia.
![[VIDEO] Pegang Al-Quran, Aaron Aziz Dedah Cerita Sebenar Isu Dengan Syamsul Yusof - “Bila Kau Tak Nak, Kau Buang Aku...” [VIDEO] Pegang Al-Quran, Aaron Aziz Dedah Cerita Sebenar Isu Dengan Syamsul Yusof - “Bila Kau Tak Nak, Kau Buang Aku...”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-175.png?ext=.png)
[VIDEO] Pegang Al-Quran, Aaron Aziz Dedah Cerita Sebenar Isu Dengan Syamsul Yusof - “Bila Kau Tak Nak, Kau Buang Aku...”
Ini penjelasan Aaron pula.

"Penerbit Cakap Dia Ada Masalah Kesihatan...." - Syamsul Yusof Dedah Punca Aaron Aziz Digugurkan
Semoga dipermudahkan

"Penerbit Cakap Dia Ada Masalah Slip Disc...." - Syamsul Yusof Dedah Punca Aaron Aziz Digugurkan
Aaron Aziz ada masalah kesihatan
![[VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…” [VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-172.png?ext=.png)
[VIDEO] Diana Danielle Akui Banyak Trauma Sewaktu Kecil - “Saya Tak Perlu Berpura Untuk Tunjuk…”
Semoga DD sentiasa kuat...

“Yeay, Purple! Cantik Buat Baju Raya Ni” - Netizen Happy! Teka Tepat Warna Baju Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja
Seronok main teka-teka warna baju hehehe.

“Jika Semua Dah Teratur Saya Akan Kembali” - Jadi Usahawan, Nynaa Harizal Nafi Berhenti Berlakon
Bukan senang nak jadi usahawan.