UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Berita

Macam-Macam Ada! Ini Fakta Menarik PRU-14 Yang Anda Perlu Tahu

Rozaimi Zubaidi 30/04/2018 | 06:05 MYT
Demam Pilihan Raya Umum ke-14 kini semakin dirasai apabila semua yang bertanding telah mendaftarkan diri pada penamaan calon yang diadakan pada hari Sabtu lalu.
Selain kerusi panas, terdapat beberapa perkara yang menarik untuk dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-14 kali ini.
1. Tun Dr Mahathir Mohamad, 92, merupakan calon paling berusia, bertanding di Parlimen P004, Langkawi.
Ini merupakan kemunculan semula Dr Mahathir di pentas pilihan raya selepas 19 tahun.
Kali terakhir Dr Mahathir bertanding pada pilihan raya ialah Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU-10) pada 1999.
2. Pembabitan selebriti serta bekas ratu cantik, Jo-Anna Sue Henley Rampas, 28 tahun yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N11, Kiulu.
3. Sementara calon paling muda, Prabakaran Parameswaran, 22, bertanding atas tiket Bebas di Parlimen P115 Batu.
4. Bagi DUN N14 Machang Bubok, Pulau Pinang, Lim Jhun Hou merupakan calon termuda berusia 23 tahun.
5. Azwan Ali turut memgemparkan banyak pihak apabila mengambil keputusan untuk menentang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di DUN Bukit Antarabangsa.
Untuk perkembangan lain, jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Sumber: Astro Awani
#Pilihan Raya Umum ke-14 #PRU-14
;