Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Macam-Macam Mikrofon Saya Dah Pegang" - Liza Hanim Tunggu 25 Tahun Nak Pegang Trofi AIM! Syukur Sangat

Shahrin Zulkifle
14/09/2022 04:30 MYT
Selepas 25 tahun penantian, penyanyi Liza Hanim akui terharu apabila akhirnya dia berjaya memenangi trofi pada penganjuran acara berprestij Anugerah Industri Muzik (AIM) 23 yang berlangsung Ahad lalu.

Trofi yang dimenangi Liza pada acara kemuncak AIM23 adalah Persembahan Vokal Duo/Kolabrasi Terbaik Dalam Lagu dan Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama menerusi lagu duetnya bersama penyanyi Shila Amzah, Bahagiakan Dia.

Menurut Liza, kemenangan tersebut merupakan satu penantian yang amat berbaloi buatnya, malah dia merasakan hal tersebut sebagai sebuah mimpi.

“25 tahun tunggu nak pegang mikrofon (trofi AIM) ini, macam-macam mikrofon dah saya pegang, tapi yang ini saya tak pernah dan ini adalah kali pertama.

“Tipulah kalau kata saya tak tunggu trofi ini, sangat berbaloi penantian itu. Masih rasa macam mimpi lagi apabila dapat pegang trofi ini.

“Apabila menang anugerah persembahan vokal duo itu, terubat rindu dan dahaga saya untuk meraih trofi dalam mana-mana anugerah,” katanya ketika ditemui usai menerima anugerah tersebut pada acara itu.

AIM23 yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam, turut menyaksikan Liza menggegarkan pentas acara dengan persembahan bersama penyanyi tersohor Datuk Sri Siti Nurhaliza menerusi sebuah segmen khas kepada pemenang Anugerah Sri Wirama, Mr Tan Su Loke.

Tambah pelantun lagu Gelisah Mimpi itu, dia sememangnya tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi anugerah pada acara tersebut, bagaimanapun mempercayai kredibiliti yang ada pada pihak juri untuk menilai lagu berkenaan.

“Untuk lagu Bahagiakan Dia, saya hanya fokus untuk berikan yang terbaik sewaktu rakaman lagu itu, tidak mengharapkan sebarang kemenangan mala mini, tercalon pun sudah saya bersyukur.

“Namun pada saya, sebarang penghargaan itu akan diberikan apabila waktu itu tetap dan layak kepada pemenang yang dipilih.

“Alhamdulillah, juri merasakan lagu itu layak dan saya merasakan sangat isimewa. Malah, bila dapat tercalon pun saya sudah bersyukur apatah lagi bila menang malam ini,” tambahnya.

#Siti Nurhaliza #AIM #Liza Hanim #AIM23 #Anuegerah Industri Muzik
;