Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup

Maliah Surip
01/05/2024 12:25 MYT
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin.

Sekolah & Jalan Raya Ditutup

Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina.

Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak kenderaan hampir tenggelam dan dihanyutkan arus deras.

Bencana alam di Madinah terjadi selepas kejadian sama di negara jiran termasuk Dubai dan Oman.

Punca Daripada Kekurangan Saliran Air

Bah di Madinah berulang dipercayai berpunca daripada kekurangan saliran mengalirkan air hujan.

Pada November 2022, banjir kilat yang melanda Arab Saudi terutama di Jeddah telah mengorbankan dua nyawa.

BERITA TRENDING: Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'Lumpuh' 25 Minit, 45 Penerbangan Dibatalkan

BERITA TRENDING: Banjir Dubai: Anang, Ashanty Terkandas, Doa Dapat Segera Pulang

#sekolah #Berita #Banjir #Arab #Bencana #Madinah
;