Ketika Amerika Syarikat (AS) masih melaksanakan perintah berkurung bagi mengekang pandemik COVID-19, bintang pop terkenal, Madonna mendakwa dia positif ‘antibodi’ terhadap jangkitan COVID-19.

Penyanyi berusia 61 tahun itu menerusi video yang dimuat naik di laman Instagramnya berkata, sehubungan itu, dia akan keluar menghirup udara sebaik sahaja selasai menjalani kuarantin, lapor Astro Awani

“Saya menjalankan ujian hari ini (Jumaat), dan mendapati saya mempunyai antibodi.

“Jadi esok (semalam) saya mahu memandu dan membuka tingkap kereta. Saya akan menghirup udara COVID-19,” demikian katanya dalam entri tersebut berserta kapsyen Quarantine Diary #14.

#staysafe #staysane

A post shared by Madonna (@madonna) on


Difahamkan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Living for Love itu menjalani kuarantin di rumahnya di California.

Kuarantin selama 14 hari itu berakhir pada 30 April lalu.

Bagaimanapun, Madona tidak menjelaskan sama ada dia dijangkiti COVID-19 atau sebaliknya.

Memetik EW, wakil Madonna juga tidak memberikan sebarang komen berhubung dakwaan penyanyi itu atau bagaimana ujian tersebut dijlankan.

Menurut Pusat Pengendalian Dan Pencegahan Penyakit AS, kehadiran antobodi, yang merupakan protin untuk melawan jangkitan merupakan petanda awal sebelum jangkitan virus tersebut.

Walaubagaimanapun, beberapa pakar memberi amaran berhubung kesahihan keputusan ujian tersebut.

Sumber: Astro Awani