Madonna 'Sidai' Peminat 3 Jam!
Amri Hassan
16/12/2023 01:56 MYT
16/12/2023 01:56 MYT
Siapa tak geram kalau artis kesayangan membiarkan peminat ternanti-nanti selama tiga jam untuk menonton konsert.
Itu yang terjadi ketika konsert Madonna yang berlangsung di Barclays Center, Brooklyn, New York, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.
Ikon pop itu sepatutnya memulakan persembahan sekitar pukul 8.30 malam namun muncul kira-kira pada pukul 11 malam, lapor Page Six.
'Disidai' terlampau lama, peminat yang berang mengemaskini hantaran di akaun media sosial meluahkan kemarahan.
"Saya tak kisahlah awak ni Madonna sekali pun, kalau 3 jam lambat kamu ni sebenarnya biadab.
"Saya nak refund!"
"Saya minat Madonna tapi kalau sampai hampir 3 jam lewat untuk show pertama di Amerika Syarikat adalah tidak patut," demikian luah peminat di media sosial.
Bagaimanapun, ada sumber memaklumkan punca kelewatan itu disebabkan masalah teknikal yang berlaku di belakang pentas.
Madonna seperti biasa muncul di depan khalayak dengan profesional dan memberikan persembahan memukau! Berbaloi dengan penantian.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.