Hiburan

Madu Adira Suhaimi Nafi Isu Kewangan Jadi Punca Nak Berpisah - “Saya Memang Nekad…”

gempak
Asyikin Mayudin
18/03/2024
03:24 MYT
Sponsor Banner
Madu Adira Suhaimi Nafi Isu Kewangan Jadi Punca Nak Berpisah - “Saya Memang Nekad…”
Isteri pertama usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim menafikan dakwaan mengatakan keputusan untuk bercerai disebabkan suaminya kini dalam keadaan susah.
Nekad untuk berpisah, Sharifah Norshafila atau mesra disapa Datin Red menegaskan tuntutan perceraian yang difailkan itu tidak mempunyai kaitan dengan isu kewangan suaminya.
“Tidak ada kena mengena dengan isu Datuk Red tengah susah. Macam saya cakap, ini bukan keputusan saya tapi ia jalan terbaik. Saya memang nekad untuk berpisah,” katanya kepada Gempak.
Sharifah Norshafila ditemui ketika selesai prosiding sebutan kedua kes tuntutan perceraian terhadap Adnan di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Isnin.
Bagaimanapun, sebutan kes itu ditangguh berikutan Adnan tidak hadir dan proses perlantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) akan berlangsung pada 26 Mac ini.
Dalam pada itu, Sharifah Norshafila memberitahu suaminya masih pulang ke rumah namun mereka tidak pernah membincangkan mengenai kes tuntutan perceraian.
“Dia balik saja rumah tapi kami tak pernah bincang mengenai perkara ini. Kami masih sebumbung dan bertegur sapa seperti biasa,” ujarnya.
Sementara itu, isteri pertama Adnan juga menegaskan dia dan madunya iaitu penyanyi Adira Suhaimi tidak pernah bersepakat membuat keputusan berpisah dengan suami mereka.
“Saya tak boleh cakap banyak.. itu saja boleh kongsi. Saya dan Adira tidak sepakat (tuntutan perceraian)… itu keputusan dia,” katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live