Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Madu Turut Fail Cerai, Ini Respon Adira Suhaimi…

Asyikin Mayudin
05/03/2024 04:25 MYT
Rupa-rupanya madu kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim atau Datin Red memfailkan perceraian terhadap suami mereka, Datuk Seri Adnan pada 18 Mac lalu.

BERITA TRENDING: Bukan Saja Adira, Datuk Red Juga Bakal Hilang Isteri Pertama - “Untuk Keputusan Ini, Mereka…

Bagaimanapun Adira ketika ditemui sebaik saja selesai mendengar laporan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada Selasa enggan mengulas lanjut perkara itu.

Sementara itu, ditanya mengenai sambutan Ramadan dan Syawal bersama suami, Adira bagaimanapun berkata dia kini hanya mahu mengutamakan perasaaan anak-anak berbanding dirinya.

“Perkara ini rumit, sebab dia masih lagi berstatus suami saya. Namun saya tidak akan mengetepikan perasaan anak saya untuk beraya dengan bapa mereka.

“Walaupun nanti masih berpuasa dan beraya bersama, tetapi saya tidak akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri sepenuhnya sepanjang proses perceraian,” katanya kepada Gempak.

Hari ini, hasil keputusan laporan JKP, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat memutuskan untuk melanjutkan kepada proses Hakam pada 24 April depan.

Sebelum ini, peguam mewakili Datuk Red iaitu Muhammad Akmal Azman memaklumkan anak guamnya turut berdepan dengan permohonan perceraian yang difailkan Datin Red di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 18 Mac.

Terdahulu, pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan penceraian ke atas suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat Rawang, Selangor kerana tiada persefahaman.

#Adira #Adira Suhaimi #Datuk Red #Datin Red
;