Laman Utama

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan

gempak
Maliah Surip
21/03/2023
12:50 MYT
Sponsor Banner
Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Ini bukan pertama kali bintang Bollywood, Salman Khan menerima ugutan bunuh dalam kalangan kelompok gangster dan mafia.
Namun, nampaknya ugutan bunuh yang diterima pada kali ini sangat diambil serius oleh Salman dan seluruh keluarga meski ugutan tersebut hanya dihantar menerusi kiriman emel.
Menerusi laporan media tempatan, Salman telah menerima ugutan bunuh dari mafia Lawrence Bishnoi yang kini meringkuk di penjara menerusi emel yang dikirim oleh Rohit Garg.
Isi emel tersebut antaranya menyampaikan pesan Lawrence mahu bertemu empat mata dengan Salman untuk menyelesaikan persengketaan antara mereka.
Dia juga meminta Salman menonton video temu bual terkini bersama ABP News yang dilakukan dari Penjara Tihar.
Dalam temu bual tersebut, Lawrence mengatakan dia dedikasikan kehidupannya kini untuk membunuh Salman. Dia juga menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada lelaki berusia 57 tahun itu.
Kemarahan Lawrence terhadap Salman belum pernah padam meskipun aktor tersebut telah dipenjarakan selama lima tahun selepas didapati memburu antelop ‘blackbuck’ secara haram pada tahun 1998.
Selepas mendapat ugutan bunuh tersebut, Salman telah melaporkannya kepada ihak polis. Pihak keluarga Salman didakwa sangat bimbang dengan keselamatannya, namun percaya pihak berkuasa akan menjaga bintang itu sebaik mungkin.
Kawalan keselamatan di kediaman rumah Salman juga dikatakan telah diperketatkan dengan terdapat pihak polis ditempatkan di sana.
Pihak berkuasa juga menasihatkan agar Salman dan tim tidak terlalu terdedah atau hadir ke sebarang acara buat masa terdekat ini.
Ironi, Salman dijadualkan perlu menjalani promosi bagi filem terbaharunya, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan yang akan ditayangkan pada Aidilfitri ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live