,
Laman Utama

Mafidz Percaya Hujan Pasti Berhenti

Maliah Surip
09/07/2021
10:50 MYT
Dengan situasi semasa negara yang masih berhadapan pandemik COVID 19 yang parah, banyak pengkarya menghasilkan karya seni bersifat peniup semangat.
Salah satu grup muzik yang mengambil kesempatan menghasilkan sebuah karya sebagai salah satu peniup semangat untuk terus bertahan dan melihat masa hadapan yang cerah adalah Mafidz.
Muncul dengan lagu berjudul Hujan Pasti Berhenti, ia menjadi simbolik bahawa wabak Covid-19 dan kegelisahan yang melanda kita semua akan berakhir.
"Sekurangnya, ia juga menjadi sebuah lagu yang dapat menenangkan seketika jiwa yang resah, gusar dan gundah," ujar Mafidz.
Menurut mereka, Hujan Pasti Berhenti adalah sebuah projek khas yang melibatkan Dana Kandungan Digital (DKD) di bawah kategori dana Mikro oleh FINAS yang diberi kepada Aidilhayat Omar, Pengarah Syarikat Hayat Kreatif Sdn. Bhd.
Ia menggabungkan pemuisi/penulis, Umila Rahman dan kumpulan Mafidz yang dianggotai oleh tiga adik beradik yang bergenre Pop Folks.
Lagu ini dinyanyikan oleh Megat Hafidz, Megat Aizzat dan Megat Fazly.
"Mesej lagu Hujan Pasti Berhenti adalah relevan untuk semua golongan dan peringkat umur dan memberi penghargaan kepada frontliner yang bertugas bagi melawan pandemik Covid-19," kata mereka lagi.
Hujan Pasti Berhenti telah berada di platform Youtube, Spotify , Apple Music & Joox sejak bulan lalu dan diedarkan secara digital oleh syarikat Luncai Emas Sdn Bhd.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Lelaki Nyaris Dipijak Kuda Ketika Perbarisan Di Putrajaya, Bunyi Muzik Bingit Mungkin Punca

gempak
01/09/2024
02:55 MYT
Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila nyaris dipijak oleh seekor kuda yang secara tiba-tiba bertindak agresif Ketika acara perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya pada Sabtu.
Hiburan

Melly Goeslaw Sifatkan M Nasir ‘Berlian Harta Karun’ Malaysia, Seniman Sejati – “Saya Terharu Dia Hadir Ke Konsert Saya Yang Pertama”

gempak
12/08/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan komposer Melly Goeslaw menyifatkan penyanyi legenda Datuk M Nasir adalah sebuah permata yang berharga buat industi muzik Malaysia.
Hiburan

Rasa Dah Tidak Releven, Rossa Dedah Pernah Mahu Bersara, Jual Aset & Pindah Negara

gempak
30/07/2024
02:55 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Datuk Sri Rossa tampil membuat pendedahan pernah mahu mengundurkan diri daripada karier seni kerana berasa sudah tidak releven.
Berita

Aktiviti Hiburan, Bunyi-Bunyian Muzik Pada Malam Jumaat Dilarang Di Kelantan

gempak
24/07/2024
20:47 MYT
Kelantan tidak membenarkan sebarang bentuk aktiviti hiburan atau bunyi-bunyian muzik pada setiap malam Jumaat.
Hiburan

Kugiran Masdo Mendunia! Kali Ini Jayakan Festival Muzik Di Mongolia & Korea Selatan

gempak
17/07/2024
15:55 MYT
Selepas sambutan memberangsangkan di beberapa wilayah di Indonesia seperti Bandung, Jakarta, Yogyakarta dan Bali pada Mei dan Jun lalu, Kugiran Masdo melebarkan sayap mereka dengan bermain di festival muzik di Mongolia dan Korea Selatan.