Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Mahal Sikit Je Daripada Konsert Aina Abdul” - Noraniza Idris Komen Dakwaan Harga Tiket Konsertnya Mahal

Izwan Isa 23/08/2022 | 12:20 MYT

Penyanyi lagu-lagu irama Malaysia, Noraniza Idris menafikan dakwaan harga tiket konsert Malai Solo yang bakal berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 21 hingga 23 Oktober depan sebagai terlalu mahal.

Noraniza menjelaskan, harga yang ditetapkannya berbaloi dengan persembahan yang bakal dipertontonkan dan tidak banyak beza dengan harga konsert tempatan yang pernah diadakan sebelum ini.
"Harga tiket saya mahal ke? Bagi saya macam okey sebab sebelum tetapkan harga, saya dah rujuk harga tiket konsert terdahulu. Mahal sikit je daripada konsert Aina Abdul.
“Kalau ikut pasaran, harga-harga tiket biasanya RM250 hingga RM1100. Justeru, saya tambah sikit saja daripada berbanding harga konsert artis lain.
"Tambahan pula, nilai yang saya tetapkan itu berbaloi dengan persembahan bakal disajikan. Untuk rekod, saya menggunakan pengarah muzik dan penari profesional serta teknologi terkini untuk memeriahkan lagi persembahan," katanya kepada Gempak.
Noraniza berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Malai Solo Noraniza Idris di Istana Budaya sebentar tadi.
Selain itu, pelantun lagu Dikir Puteri itu turut mengumumkan penerimaan dana sebanyak RM3 juta daripada sebuah syarikat hartanah.
"Alhamdulillah saya rasa lega apabila dana ini dapat menampung kos keseluruhan Konsert Malai Solo.
“Namin, saya masih mengalu-alukan penaja lain yang ingin membantu membiayai konsert ini,"katanya.
Dianjurkan oleh NIPV Managament Sdn Bhd, Konsert berdurasi dua jam itu bakal menyaksikan Noraniza menyanyikan 24 buah lagu termasuk medley yang merangkumi lagu-lagu berentak Irama Malaysia dan etnik kreatif.
Tiket yang dijual sejak 19 Ogos lalu bermula RM299 hingga RM1599.

#Solo” #“Istana #“Konsert #“Noraniza #Budaya” #Idris” #Malai
;