Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mahalnya Gaji Pengasuh Anak Kareena Kapoor!

Amri Hassan
03/07/2020 08:44 MYT
Pengasuh anak kepada pasangan bintang popular Bollywood, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan, Taimur Ali Khan pastinya dicemburui ramai.

Mana tidaknya, selain boleh bersama keluarga selebriti itu, pengasuh Taimur, Savitri juga mendapat gaji yang sangat mahal.

Savage Nanny with sir Taimur #cute

A post shared by Taimur Ali Khans Nanny Savatri (@taimurs_nanny) on


Gaji pokok Savitri bernilai sekitar RM8,000 sebulan dan elaunnya boleh bertambah sehingga RM10,000 jika perlu bekerja lebih masa.

Malah, Savitri juga dapat menggunakan kemudahan kenderaan yang digunakan oleh Taimur.

Tugas Savitri bagaimanapun tidak mudah, dia perlu mengikut ke mana sahaja Taimur berada dan perlu mengunci mulut daripada bercerita tentang kisah keluarga itu kepada orang luar.

Selain itu, Savitri yang diambil dari agensi pengasuh profesional di Mumbai itu perlu memastikan kebersihan dan kesihatannya berada di tahap terbaik sepanjang masa.

Savitri juga perlu sentiasa bersedia setiap masa sekiranya khidmatnya diperlukan keluarga itu.

Sumber: Times of India
#Taimur Ali Khan #Gaji #Nanny