Paling mahal! itulah kedudukan dan nilai cincin pertunangan bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Perkara itu didedahkan menerusi laporan The Sun yang menyenaraikan nilai cincin tunang pemain bola sepak terkemuka.

Menurut laporan berkenaan, Ronaldo berada di tempat pertama apabila nilai cincin tunangnya mencecah 615,000 pound (RM3.27 juta).

Jumlah tersebut sekali gus mengalahkan penjaga gol England, Jordan Pickford yang hanya mampu berada di tempat kedua dengan nilai 500,000 pound (RM2.66 juta) untuk isterinya, Megan Davison.

Ashley Cole di tempat ketiga dengan cincin bernilai 275,000 pound (RM1.46 juta) untuk bekas isterinya, Cheryl.

Sekadari info, Ronaldo dan pasangannya Georgina mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun.

Selain itu, mereka turut menjaga tiga lagi iaitu pasangan kembar, Eva dan Mateo berusia tiga tahun serta Cristiano Jr, sepuluh tahun.

Pasangan terkenal itu pertama kali bertemu pada 2016 dan Ronaldo dilapor meminta jelitawan Sepanyol itu mengahwininya pada 2018.

Georgina dikesan menyarung cincin berlian itu beberapa kali dan pada 2018 dia memberi bayangan sudah pun bertunang dengan Ronaldo.

Sumber : The Sun, Harian Metro