Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencadangkan supaya kes saman membabitkan pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya Scha Alyahya dengan syarikat pembekal tekstil D'Haja (Malaysia) Sdn Bhd yang kini berada di peringkat rayuan, diselesaikan secara baik melalui proses mediasi, semalam.
Memetik laporan Bernama, D’Haja memfailkan rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, yang membenarkan tuntutan saman Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari dan Scha, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir terhadap syarikat itu berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican, mewakili D'Haja memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar meminta supaya pihak-pihak terlibat berbincang untuk mencari penyelesaian terhadap kes tersebut.
“Proses mediasi akan dijalankan di Pusat Mediasi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan sekiranya pihak-pihak gagal mencapai penyelesaian, pendengaran rayuan D’Haja akan disambung semula pada 17 November ini," kata peguam itu yang turut memaklumkan tarikh untuk mediasi akan ditetapkan kemudian.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menetapkan semalam untuk mendengar rayuan D’Haja bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang dibuat pada 27 Mac 2019.
Peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili pasangan suami isteri itu ketika ditemui pemberita turut mengesahkan terdapat cadangan daripada mahkamah supaya pihak-pihak cuba mencari jalan penyelesaian dan anak guamnya juga terbuka untuk menyelesaikan kes secara mediasi.
Sementara itu, Hasnal Rezua berkata anak guamnya memfailkan rayuan pada 3 April 2019 atas alasan Hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf ketika membenarkan tuntutan saman pasangan selebriti berkenaan.
Pasangan selebriti itu memperoleh ganti rugi RM345,305 selepas menang dalam saman mereka terhadap D'Haja berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi jenama Bleu dan Maroon keluaran pasangan terbabit.
Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah turut memerintahkan defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM10,000, faedah lima peratus bermula dari dari tarikh pemfailan sehingga pembayaran penuh serta kos RM5,000 kepada kedua-dua plaintif.
Mahkamah Sesyen juga membenarkan tuntutan balas difailkan D'Haja serta memerintahkan Awal dan Scha membayar RM55,000 selepas mendapati pasangan berkenaan memungkiri perjanjian dengan menjual sendiri minyak wangi itu ke Brunei.
Dalam saman difailkan pada 30 April 2018, Awal dan Scha mendakwa mereka telah memasuki kontrak perjanjian pengedaran eksklusif minyak wangi Bleu dan Maroon dengan pembekal tekstil, D’Haja pada 11 Oktober 2016 selama dua tahun sehingga 10 Oktober 2018.
Bagaimanapun mereka mendakwa, D'Haja gagal melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan terma asas perjanjian selain gagal memulangkan 3,215 botol minyak wangi yang dikatakan rosak, gagal menyediakan rekod transaksi jualan dan enggan membayar tuntutan kerugian itu.
Sumber: Bernama
Kamaruddin Razal
Wed Sep 09 2020
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.
Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.
Kalini Sherry betul betul nervous! | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP15
Siapa kata bila nampak tenang tapi semuanya ok? Dalam hati belum tentu lagi. Habis nervous Sherry bila nak kena masak sorang-sorang!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.
Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam ‘First Wives’ - “Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang…”
Mimi pegang watak sebagai Diyana.
Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.