gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Cantik Mengayakan Busana Pengantin, Adira Jawab Desas-desus Bakal ‘Naik Pelamin’ Lagi - “Kena Tunggu…”
VIRAL
Kes Zara Qairina: Peguam Dakwa Laporan Siasatan Lemah, Pincang
HOLLYWOOD
Pelakon The Walking Dead, Kelly Mack Meninggal Dunia Pada Usia 33 Tahun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Mahkamah Dakwa Nusyuz, Bekas Isteri Baim Wong: “Saya Dimalukan 1 Indonesia”

Maliah Surip
Maliah Surip
19/04/2025
14:54 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Dakwa Nusyuz, Bekas Isteri Baim Wong: “Saya Dimalukan 1 Indonesia”
Biduk rumah tangga pasangan selebriti Indonesia, Baim Wong dan Paula Verhoeven berhujung dengan perceraian.
Pasangan yang menikah pada 2018 itu disahkan bercerai secara rasmi baru-baru ini oleh Majelis hakim Pengadilan Agama Jakarta Selatan selepas kes rumah tangga mereka dibawa ke mahkamah sejak akhir tahun lalu.
Menerusi keputusan yang dibuat, pihak hakim memutuskan Paula sebagai seorang isteri yang nusyuz atau derhaka selain curang.
Meski tidak membantah dan menjelaskan secara terbuka terhadap keputusan dakwaan tersebut, ibu kepada dua anak itu melahirkan rasa kurang senang dengan meminta bantuan peguam terkenal, Hotman Paris untuk menjadi pembelanya.
Paula menyifatkan keputusan nusyuz yang dijatuhkan kepadanya sebagai telah memalukan dirinya.
"Jujur saya memang terpukul kerana didakwa seperti ini. Saya dipermalukan satu indonesia.
“Jika ada ruang dan peluang,, saya ingin berbicara dengan abang Hotman dan juga peguam saya. Saya mahu meminta bantuan daripada abang,” tulis Paula menerusi pesanan yang dikirim kepada peguam tersebut seperti dilaporkan Insertlive.
Menurut Paula keinginan mendapatkan khidmat nasihat daripada salah seorang peguam paling mahal di republik tersebut kerana dirinya tidak arif dengan undang-undang.
Permintaan Paula itu terus dibalas positif oleh Hotman. Dalam balasannya, Hotman memberitahu dirinya sedang berada di luar kawasan dan bersedia bertemu model tersebut dalam waktu terdekat.
Terdahulu Paula juga melaporkan hakim yang mengendalikan kes penceraiannya kepada Suruhanjaya Kehakiman Salemba, Jakarta Pusat dengan menyifatkan keputusan dibuat yang mensabitkan dia sebagai nusyuz selain menganggap hakim berkenaan melanggar etika kehakiman.
Dia mendakwa keputusan yang dibuat tidak mengikut keterangan dan fakta perbicaraan.
Topic Berkaitan
#cerai
#Baim Wong
#Isteri
#Mahkamah
#Paula Verhoeven
#Nusyuz
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement