HIBURAN
Mahkamah Dedah Foto Sean Diddy Combs Masih ‘Gila’ Minyak Bayi, Bersedia Pesta S*ks Sebelum Ditangkap
Mahkamah di New York mendedahkan bukti ‘kegilaan’ dan tahap ketagihan seks kronik Sean Diddy Combs menerusi beberapa foto mengejutkan yang dirakam pada September tahun lalu.
Pendakwa raya mendedahkan Diddy masih meneruskan ketagihan seks tersebut meski sedar dirinya akan ditangkap kerana pertuduhan pemerdagangan seks serta keganasan yang dibuat terhadap bekas kekasih, Cassie Ventura.
Foto-foto tersebut termasuklah beberapa botol minyak bayi dan dadah yang dipersiapkan untuk pesta seks yang dirancang di Hotel Park Hyatt di Manhattan, lapor DailyMail.uk.
Selain itu terdapat serbuk ‘misteri’ yang diisi di dalam beg kecil, wang tunai dan lampu pemanas. Pendakwa raya juga mendakwa beberapa dadah yang ditemui di bilik tersebut merupakan daripada jenis MDMA.
Diddy bagaimanapun mengaku tidak bersalah dengan pertuduhan jenayah yang disabitkan kepadanya. Dia juga mendakwa foto bukti yang digunakan sebagai satu perangkap untuk menjatuhkannya dan kekal mengaku tidak melakukan sebarang kesalahan.
Sebelum ini Cassie yang menjadi salah seorang saksi kes memberitahu mahkamah rapper tersebut selalu mahu ‘set’ yang mengejutkan setiap kali melakukan pesta seks.
Ini termasuklah memasang lilin beraroma yang sangat kuar serta minyak bayi yang dicampurkan bersama haruman berbeza.