Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru dimaklumkan pelakon, Hafidz Roshdi waras dan pertuduhan yang didakwa ke atasnya layak dibicarakan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa' Zamri pada sebutan semula dan laporan psikiatri hari ini di hadapan Hakim Hakim Mohd. Kafli Che Ali yang bertindak sebagai Majistret.

"Pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan (psikiatri) telah diterima dan tertuduh (Hafidz) disahkan waras dan kes boleh dibicarakan," kata Asmaa ketika prosiding pada Jumaat.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah memberikan tarikh lain bagi serahan dokumen.

Hafidz hadir dan diwakli peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir.



Akberdin turut memaklumkan pihak mahkamah perlu meneliti semua dokumen mengenai segala pertuduhan anak guamnya itu sebelum tindakan selanjutnya.

“Akan ada sebutan baru jadi belum bicara lagi, selepas teliti semua keterangan dalam bentuk dokumen diserahkan tu maka baru boleh buat keputusan untuk pertimbangkan kembali kes ini atau tindakan selajutnya.

“Fokus kita ini adalah untuk pastikan tertuduh sihat menjalani perbicaraan dan sewaktu kejadian (menumbuk isterinya) tu lain.” jelasnya.

Bagaimanapun hakim mahkamah Hakim Mohd. Kafli Che Ali menetapkan semula sebutan kes bagi kedua-dua pihak pada 17 Julai depan.

Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.