Berita

Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

gempak
Gempak
05/11/2024
11:55 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Bahagian Siasatan Balai Polis Sungai Golok, Mej. Pol. Hafit Mad-asin kepada wartawan pada Selasa.
"Bagi siasatan melibatkan warga asing yang melibatkan jumlah dadah yang besar, mahkamah tidak akan membenarkan suspek-suspek diikat jamin kerana dikhuatiri mereka akan melarikan diri," katanya.
Kesemua dadah yang ditemukan di bilik hotel telah dihantar ke makmal Pusat Forensik di Yala untuk ujian DNA bagi mengenal pasti jenis dadah serta pemiliknya, sebelum diserahkan kepada kepada pendakwa raya untuk menentukan tarikh pendakwaan di mahkamah, katanya.
Menurut Hafit, semua suspek akan ditahan di Penjara Narathiwat selama 84 hari atau kira-kira tiga bulan sementara menunggu tarikh pendakwaan.
Pada Jumaat lepas, enam suspek warga Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun telah ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Narkotik Balai Polis Sungai Golok di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok sekitar jam 5 pagi, atas kesalahan memiliki dadah.
Hasil siasatan polis mendapati suspek-suspek disyaki memiliki 6,000 biji pil jenis "pil kuda” dan turut melakukan kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
Sumber: Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024