gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Bapa Hidap Kanser Usus, Amir Raja Lawak Mahu Stesen TV Bayar RM18,000 Kadar Segera! - “Ini Soal Hidup & Mati Abah Saya”
HIBURAN
Chiwan Respons Dituduh Perlekeh Suri Rumah - "Maaf Kalau Percakapan Saya Dalam Radio Ada Salah Faham"
HIBURAN
Ubai ‘Buru’ Individu Komen Fitnah, Dakwa Hanya Shila Amzah Bekerja Untuk Tanggung Keluarga - “Bukan Kata Dah Berhenti…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TERKINI

Mahkamah Perintah Permohonan Cerai Zehra & Suami Diselesaikan Melalui Hakam Islah

Mya Amri
Mya Amri
14/07/2025
02:29 MYT
Sponsor Banner
Mahkamah Perintah Permohonan Cerai Zehra & Suami Diselesaikan Melalui Hakam Islah
Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat memerintahkan keputusan perceraian yang membabitkan penyanyi, Zehra Zambri dan suami, Nur Mohd. Iqwan Samsudin diselesaikan melalui Hakam Islah.
Hakam Islah merupakan lantikan Hakam yang ditentukan oleh pihak mahkamah.
Menurut peguam mewakili Zehra, Abd. Muiz Samsuri berkata, proses perbicaraan keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) hari ini, mahkamah telah mensabitkan berlakunya syiqaq iaitu pergaduhan berterusan antara Zehra dan suami.
“Mahkamah telah mensabitkan bahawa adanya Shiqaq antara klien saya, Zehra, dan defenden.
“Jadi atas dasar itu, mahkamah telah menetapkan untuk perlantikan Hakam Islah kali pertama yang akan ditetapkan pada 13 Ogos hadapan.
“Hakam Islah sepatutnya keluarga manakala satu lagi Hakam lantikan mahkamah.
“Walau bagaimanapun sebentar tadi mahkamah telah menetapkan Hakam Islah adakah lantikan daripada mereka (mahkamah) yang profesional,” jelasnya
Abd. Muiz berkata demikian ketika ditemui selepas proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bertempat di Mahkamah Rendah Syariah, Hulu Langat pada Isnin.
Menurut Abd. Muiz, pihak defenden juga meminta Zehra untuk menggugurkan beberapa tuntutan yang pernah difailkan, namun pihak kami menolah permohonan tersebut.
“Pihak kami tidak bersetuju disebabkan dengan permintaan defenden. Alasan itulah yang membuatkan klien saya, Zehra, hadir ke mahkamah untuk membuat permohonan perceraian.
“Bagi kami alasan itu adalah penting. Sekali lagi, pihak kami tidak bersetuju dengan beberapa perenggan pengguguran pada permohonan tersebut,” ujarnya.
Sebelum ini, Mohd. Iqwan meminta Zehra menggugurkan dakwaan berkaitan nafkah dan keganasan rumah tangga pada 7 Mei lalu.
Terdahulu, pihak mahkamah memutuskan kedua-duanya iaitu Nur Muhd Iqwan dan Zehra untuk melantik wakil masing-masing bagi proses JKP namun tiada kata putus dicapai membuatkan kes ditangguhkan hari ini.
Pada 7 Mac lalu, penyanyi itu memfailkan permohonan cerai secara ‘fast track’ terhadap suaminya, Nur Muhd Iqwan selepas mendakwa lebih tiga tahun mempertahankan rumah tangga mereka.
Untuk info, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Topic Berkaitan
#cerai
#Suami
#Zehra
#Iqwan
#zamri
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement