Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi oleh penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya, di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Semasa prosiding di hadapan Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, mahkamah telah menetapkan Rabu untuk sebutan keputusan representasi yang dibuat oleh tertuduh melalui peguamnya.
"Saya ingin maklumkan AGC telah menolak representasi tersebut, namun surat rasmi belum dikeluarkan kepada pembelaan.
"Saya percaya prosiding seterusnya ialah tarikh perbicaraan bermula 6 Mac depan," katanya.
Sementara itu, peguam, Ariff Azami Hussein mengesahkan telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut oleh pasukan pendakwaan pada Selasa.
"Kami mengucapkan terima kasih meskipun belum menerima makluman mengenai perkara tersebut secara bertulis atau e-mel.
"Kami sudah bincang dengan anak guam dan pembelaan telah mendapat arahan terkini untuk memasukkan representasi kedua," katanya.
Beliau mencadangkan, keputusan representasi itu ditetapkan pada tiga ke empat minggu akan datang dan mereka akan memasukkan permohonan kedua, selewat-lewatnya dua minggu dari prosiding berkenaan.
Sumber: SINAR HARIAN
Gempak
Wed Jan 11 2023


Diberi Gelaran ‘Unproblematic Alif’, Selalu Dijadikan Contoh, Alif Satar Terima Pujian Seadanya
Alif mahu jadi diri sendiri

Tunai Permintaan Peminat Berusia & Berpasangan, Ungu Wujudkan Zon UNGU!
Ada apa dengan kategori UNGU tu?

Mira Filzah Bakal Beraksi Dalam Filem Arahan Hanung Bramantyo - “Melebarkan Sayap Ke Indonesia Sudah Menjadi Impian Saya…”
Tahniah Mira!

All Stars Gegar Vaganza: "Dia Sangat Sedap Menyanyi, Tapi Tantrum Tu Buat Kami ..." - Ulas Ramli MS Fasal Azharina
Tok Ram kata Azharina tak ada sumbang.

Netizen Kata Leona Macam 'Mak Anak 5', Empunya Badan Respon; "Adakah Mak Kamu..."
Leona akui tidak terkesan dengan komen netizen

Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri Umum Bercerai - “Kami Percaya Itu Adalah Yang Terbaik”
Doakan yang baik-baik.

Ramai Back Up Nas Jadi Keluang Man - “Dia Bukan Pelakon Cikai Ya, Yang Tak Kenal Ni Mesti Budak BBNU”
Ramai suka Nas berlakon.

Pertama Kali Berganding Sama Amir Ahnaf, Anna Jobling Kongsi 3 Sebab Perlu Tonton Syurga Itu Bukan Mudah!
Anna Jobling jayakan watak Aileen.

Siti Nordiana & 5 Sekawan Bermaafan, Setuju Selesai Kes Saman RM2.5 Juta
Semoga dipermudahkan

All Stars Gegar Vaganza: “Kalau Ada Penyingkiran Memang Nana, Dia Nyanyi Agak Teruk” - Datuk Ramli MS
All the best Nana untuk final.