Laman Utama

Mahu Anak Nikmati Alam, Siti Bawa Aafiyah & Afwa Baring Di Taman KLCC - “Saya Anak Kampung, Lasak..”

gempak
Azwa Rahman
06/06/2022
07:34 MYT
Sponsor Banner
Mahu Anak Nikmati Alam, Siti Bawa Aafiyah & Afwa Baring Di Taman KLCC - “Saya Anak Kampung, Lasak..”
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza membawa dua orang cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa pergi ke Taman KLCC sebagai usaha untuk menghargai alam.
Menurutnya, dia mahukan anak-anaknya lasak sepertinya yang berjiwa anak kampung.
“Saya anak kampung yang biasa bergelumang dengan alam. Mandi sungai, panjat pokok, kutip siput sedut di sungai, masuk hutan, bermain di padang rumput, teman datuk menoreh getah, bercucuk tanam, masuk lumpur, masuk longkan tangkap berudu dll.
“Katalah apa aktiviti anak kampung (selain bersawah), semua saya lakukan. Sebab tu saya sangat hargai alam.
“Saya juga ingin anak saya lasak seperti saya. Hari ni saya mengajak Afwa dan Aafiyah bergambar di Taman KLCC. Nak mereka rasa nikmat dan indahnya menghargai alam.
“Marilah kita sama-sama hargai bumi, tempat tinggal kita. Jagalah bumi kita yang satu ni, cuma satu. Ciptaan Allah yang maha besar. Alhamdulillah,” tulisnya di dalam satu hantaran Instagram bersempena Hari Alam Sekitar sedua.
Dalam hantaran terbabit, Siti berkongsi beberapa keping foto berbaring bersama anak-anaknya di atas rumput taman sambil bergembira.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menumpukan perhatian pada kecomelan wajah Afwa yang menangis ketika fotonya diambil.
“Si Afwa dari gambar first reda je,” usik seorang wargamaya.
“Sian adik kena gomol,” ujar seorang wargamaya.
“Afwa kena buli, so cute,” puji seorang wargamaya.
“Geramnya tengok gambar kedua hehe Afwa,” tulis seorang wargamaya.
“Hahaha sian Afwa kena paksa cium dengan kakak dan ibu,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 40,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live