Berita

Mahu Anak Soleh, Elfira Loy Bacakan Satu Muka Surat al-Quran Sehari

gempak
Syafiqah Jalal
11/03/2020
04:43 MYT
Sponsor Banner
Mahu Anak Soleh, Elfira Loy Bacakan Satu Muka Surat al-Quran Sehari
Pelakon Elfira Loy akui dirinya menjadi lebih baik selepas kehadiran putera sulungnya, Muhmmad Rayyan Khalaf pada Oktober tahun lalu.
Malah Elfira berkata, sempena hari lahirnya yang jatuh pada 8 Mac lalu, dia akan membaca kitab suci al-Quran setiap hari.
“Rayyan sayang, terima kasih menjadikan saya seorang yang lebih baik setiap hari. Saya harap bukan kamu sahaja jadi anak soleh tapi saya juga, semoga saya akan menjadi ibu yang solehah kepada kamu.
“Saya harap kamu akan melihat saya sebagai ‘role model’, ibu yang hebat dan seorang yang boleh kamu rujuk.
“Semalam (kemarin) hari jadi saya, saya berjanji kepada diri saya untuk sekurang-kurangnya membaca satu muka surat al-Quran dengan kamu,” katanya.
Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik fotonya bertelekung bersama anak serta kitab suci tersebut.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji usaha serta amalan yang dilakukan oleh pelakon itu.
Elfira mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya, Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia lima bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live