HIBURAN
Mahu Bebas Buat Video Masakan, Che Nom Kini Tak Ambil Konten Berbayar - “Sekarang Boleh Masak Ikut Hati & Mood Sendiri”
Personaliti media sosial dalam dunia masakan, Che Nom memaklumkan tidak lagi mengambil tawaran dari sebarang video berbayar atau kandungan tajaan.
Mahu berkarya dengan bebas
Menurut Che Nom, keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan dia kembali berkarya dengan lebih bebas dan mengikut citarasa sendiri."Che Nom dah tak ambil video sponsor langsung sekarang. Ramai yang terkejut bila dengar ni.“Tapi betul, mulai sekarang Che Nom dah hentikan semua content berbayar atau sponsored. Sebabnya? Che Nom nak kembali bebas dalam berkongsi resepi dan idea masakan,” maklumnya.
Jadual ketat, kreativiti terhad
Tambah Che Nom lagi, kandungan berbayar memerlukan komitmen terhadap jenama tertentu, skrip yang telah ditetapkan serta jadual yang ketat yang mana sedikit sebanyak mengehadkan kreativitinya dalam menghasilkan kandungan masakan.“Bila buat video sponsor, selalunya kena guna brand tertentu, ikut skrip, dan ada masa yang terhad untuk siapkan. “Banyak kali teringin nak cuba jenama lain atau resepi yang betul-betul Che Nom nak buat... tapi terpaksa tangguh sebab terikat dengan komitmen,” jelasnya.
Boleh masak dengan tenang
Dalam pada itu, Che Nom mengakui kebebasan ini membolehkan dirinya mencuba pelbagai jenama yang dicadangkan oleh pengikut tanpa perlu menunggu kelulusan mana-mana pihak.“Che Nom percaya, bila ada ruang dan kebebasan macam ni, resepi yang keluar akan lebih ikhlas, kreatif, dan sedap, bukan sekadar ikut skrip,” ujarnya.“Sekarang alhamdulillah, Che Nom boleh masak ikut hati dan mood sendiri. Kalau esok teringin buat kuih lama guna bahan kampung, boleh terus buat.“Kalau nak test brand baru yang ramai cadangkan, boleh cuba tanpa perlu tunggu 'green light' dari sesiapa.
Terdahulu, nama Che Nom menjadi bualan netizen selepas dia difahamkan mahu mengundurkan diri daripada aktiviti sebagai pencipta kandungan disebabkan perubahan dalam industri serta keutamaannya terhadap kesihatan dan kehidupan peribadi.
Untuk rekod, Che Nom merupakan antara nama terawal dalam industri pencipta kandungan makanan di Malaysia yang berjaya meraih jutaan tontonan menerusi resipi-resipi tradisional dan moden di pelbagai platform.
Must-Watch Video