HIBURAN
Mahu Bebas Buat Video Masakan, Che Nom Kini Tak Ambil Konten Berbayar - “Sekarang Boleh Masak Ikut Hati & Mood Sendiri”
Personaliti media sosial dalam dunia masakan, Che Nom memaklumkan tidak lagi mengambil tawaran dari sebarang video berbayar atau kandungan tajaan.
Menurut Che Nom, keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan dia kembali berkarya dengan lebih bebas dan mengikut citarasa sendiri.
Terdahulu, nama Che Nom menjadi bualan netizen selepas dia difahamkan mahu mengundurkan diri daripada aktiviti sebagai pencipta kandungan disebabkan perubahan dalam industri serta keutamaannya terhadap kesihatan dan kehidupan peribadi.
Untuk rekod, Che Nom merupakan antara nama terawal dalam industri pencipta kandungan makanan di Malaysia yang berjaya meraih jutaan tontonan menerusi resipi-resipi tradisional dan moden di pelbagai platform.
Mahu berkarya dengan bebas