HIBURAN
Mahu Beri Peluang, Aaron Aziz Seru Bekas Banduan Datang ‘Casting’ Lakonan - “Orang Cakap Kalian Tak Ada Masa Depan?”
Pelakon Datuk Aaron Aziz menyeru bekas penghuni penjara dan pelajar Sekolah Henry Gurney untuk hadir ke sesi ujibakat lakonan di bawah produksi miliknya, iaitu Aaron Aziz Production.
Beri peluang
Menerusi perkongsian di TikTok, Aaron, berkata, dia mahu kelompok tersebut membuktikan mereka juga layak untuk meneruskan kehidupan tanpa dibayangi kisah silam yang gelap sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz Tegur Dma Islam Hina Jurusan Komunikasi & Seni Di Universiti - “Buang Je La Islam Dalam Nama Kau”
ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz Sanggup Dahulukan Duit Tiket Sebanyak RM90,000 Buat Jemaah Umrah Yang Terkandas - “Apabila Saya Lihat Foto-Foto Jemaah…”
"Anda seorang bekas banduan? Pernah duduk penjara, pernah duduk Sekolah Henry Gurney? Orang cakap kalian tiada masa depan?
"Ada juga yang cakap anda hancur masa depan? Tak boleh masuk dalam kalangan masyarakat yang baik?
"Pastikan jawapan anda adalah tidak. Saya akan tolong anda, macam mana? Sila datang uji bakat untuk projek terbaharu saya,” katanya.
Butiran uji bakat
Dalam pada itu, pelakon berusia 49 tahun ini turut berkongsi satu poster yang tertera beberapa butiran mengenai uji bakat tersebut.
Ujibakat berkenaan bakal diadakan pada 5 Julai ini bermula pukul 1 petang hingga 9 malam di Star Avenue Lifestyle Mall, Shah Alam.
Antara kriteria yang diminta adalah lelaki berusia 16 hingga 50 tahun, terbuka untuk semua bangsa dan latar belakang.
Selain itu, peserta ujibakat juga diminta membawa satu keping gambar berukuran passport.
undefined