Mahu Jadi ‘Wanita Original’, Amanda Manopo Tolak Pembedahan Plastik
Maliah Surip
17/11/2024 16:55 MYT
17/11/2024 16:55 MYT
Pelakon Amanda Manopo mengaku tidak berminat atau tertarik untuk melakukan pembedahan plastik atas beberapa faktor.
Pertama, kata pelakon sinetron Ikatan Cinta itu adalah kerana mahu kekal dengan wajah asli yang dikurniakan Tuhan.
Malah dia menekankan tubuh dan wajahnya belum pernah menerima sebarang perubahan terutama berkaitan pembedahan plastik.
“Kalau boleh saya mahu tetap menjadi wanita yang original,”katanya seperti dilaporkan Detik.com.
Kedua, wanita berusia 24 tahun itu juga sayang untuk melaburkan duitnya membuat pembedahan plastik.
“Belum sedia melaburkan duit untuk buat pembedahan plastik. Tapi sebagai wanita saya tetap keluarkan duit untuk melakukan rawatan seperti menjaga kulit.
“Hanya rawatan penjagaan biasa bukan pembedahan plastik,” katanya lagi.
Terdahulu Amanda mencuri perhatian peminat selepas kelihatan lebih langsing berbanding sebelum ini.
Dia mengaku telah berjaya menurunkan sebanyak 15 kilogram berat badan kerana menjalani diet ketat dan melakukan senaman yang konsisten selama lapan bulan.