Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Mahu Jadikan Ameera Khan Isteri, Jefri Nichol Sedang Kumpul Duit Kahwin - “Saya Sangat Beruntung Dapat…”

Asyraf Roslan 04/05/2025 | 06:55 MYT

Pelakon Indonesia, Jefri Nichol menyifatkan kekasih hatinya, Ameera Khan memiliki ciri-ciri wanita idaman yang sesuai dijadikan isteri.

Menerusi satu potongan video di TikTok, bintang filem Ali Topan itu secara terbuka mengakui menyimpan hasrat untuk memperisterikan Ameera namun masih menunggu waktu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

"She wifey bro, bukan girlfriend material tapi wife material, saya nak berkahwin dengan dia namun masih menunggu duit,” katanya.

Tambah Jefri, dia menganggap dirinya bertuah kerana memiliki pasangan yang begitu prihatin dan menyokong kerjaya serta keluarganya.
“Saya sangat beruntung dapat wanita seperti Ameera. Kalau dia benar-benar menjaga anda dan juga perasaan itu sahaja cukup letakkan dia sebagai wife material.
“Apa lagi kalau dia juga ambil peduli tentang kerja dan keluarga,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meminta agar Jefri segera mengikat tali pertunangan bersama adik Neelofa itu sebelum terlambat.
“Ok..mulai skrg klo mau nanya ameera bkn ameera lagi ya tapi wifey..ingat itu yaaa.
“Min suruh jef cepat lock baby. Sebelum yang lain sambar . Yang baik² kena cepat² lock.
“Min suruh cepat tunangan,” tulis netizen di ruangan komen.
Sekadar info, hubungan Jefri dan Ameera kembali bertaut pada penghujung Mac tahun lalu.

Kini, kedua-duanya dilihat semakin terbuka berkongsi kemesraan di media sosial setelah mengakui serius menjalani hubungan istimewa.

#Kahwin #Ameera Khan #LMK #Jefri Nicol