Mahu Jaga Aib, Fattah Amin Ada Simpan Rahsia Fazura - “Saya Pun Dah Bersetuju Untuk Tidak Failkan Nusyuz”
Firdaus
07/10/2024 09:55 MYT
07/10/2024 09:55 MYT
Pelakon Fattah Amin mendedahkan bahawa dia ada menyimpan satu rahsia berkaitan bekas isterinya, Fazura.
Bagaimanapun, Fattah atau nama sebenarnya Fattah Mohd. Amin, 33, berkata, perkara itu tidak mahu didedahkan kerana dia dan Fazura sebelum ini telah bersetuju untuk menjaga aib masing-masing.
“Saya sebenarnya ada tahu suatu benda, tetapi kita (Fattah dan Fazura) dah bersetuju untuk tak nak buka aib masing-masing. Saya pun dah bersetuju untuk tidak failkan nusyuz.
Bagaimanapun, Fattah atau nama sebenarnya Fattah Mohd. Amin, 33, berkata, perkara itu tidak mahu didedahkan kerana dia dan Fazura sebelum ini telah bersetuju untuk menjaga aib masing-masing.
“Saya sebenarnya ada tahu suatu benda, tetapi kita (Fattah dan Fazura) dah bersetuju untuk tak nak buka aib masing-masing. Saya pun dah bersetuju untuk tidak failkan nusyuz.
“Janganlah (Fazura) buat benda-benda yang bukan-bukan macam ini (pendedahan), memalukan apa semua.
“Saya tak nak,” katanya pada sidang akhbar di Mahkamah Rendah Syariah Subang Besari, Shah Alam, pada Isnin.
Jelas pelakon filem Pendekar Awang itu lagi, dia tidak mahu terus berselisih faham dengan bekas isterinya itu kerana sedar situasi tersebut hanya akan memberi kesan buruk kepada anak mereka, Nur Fatima Aisya, 4.
“Malulah anak saya nanti, dah besar dia boleh tengok mummy dan daddy dia bergaduh cara macam ini. Saya tak nak, saya kesian ke dia,” katanya.
Terdahulu, selepas selesai proses perceraian, Fazura mendedahkan antara punca yang mendorongnya untuk menfailkan perceraian adalah disebabkan bekas suaminya itu berlaku curang di belakangnya.
Selain itu, Fazura turut mendakwa Fattah culas memberi nafkah kepadanya dan anak perempuan tunggal mereka serta tiada lagi persefahaman antara kedua-duanya.
BERITA TRENDING: Dedah Aib Fattah, Peguam Beritahu Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara Kerana Hina Perintah Mahkahmah
BERITA TRENDING: Fattah Amin Sudah Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Datang Rumah Pujuk, Tapi Dihalang Masuk…”
BERITA TRENDING: Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”
BERITA TRENDING: Fazura Dakwa Fattah Amin Tiada Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Saya Harap Dia Datang Pujuk…”
Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular itu akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari pada pukul 9.45 pagi tadi.
Fattah melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.
Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.