Mahu Ke Konsert I-Seoul-U Untuk Bertemu Red Velvet, NCT 127 & Yesung, Ini Caranya:

Mya Amri
Mei 15, 2017 11:34 MYT
Kehadiran artis K-Pop terkenal Red Velvet, NCT 127 dan Yesung ke Malaysia 23 Mei ini sememangnya dinantikan oleh peminat.
Bagaimanapun masih lagi ada peminat yang meluahkan rasa sedih kerana tidak berjaya mendapatkan tiket untuk ke konsert berkenaan.
Difahamkan tiket telah pun habis ditebus oleh peminat K-Pop sebaik sahaja pengumuman mengenai konsert ini dihebahkan.
Namun jangan khuatir kerana Astro Gempak ada menawarkan tiket I-Seoul-U khas buat peminat Red Velvet, NCT 127 dan Yesung.
Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu klik link ini ---> (I-SEOUL-U) dan jawab tiga soalan mudah yang diberikan.
Peraduan bermula pada 12 Mei sehingga 16 Mei (esok).
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan sepasang tiket percuma ke konsert I-Seoul-U pada 23 Mei ini bertempat di Pusat Convention Center, Kuala Lumpur.
#Red Velvet #NCT 127 #I-Seoul-U #Yesung #Konsert K-Pop