MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2019
Mahu Keluar Daripada Zon Selesa, Altimet Cabar Diri Terus Kekal Di Pentas Teater
Penyanyi rap, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad mengakui ada sebab tersendiri kenapa memilih untuk terus berada di pentas teater muzikal Ola Bola.
Menurut Altimet, sebagai anak seni dia harus lakukan sesuatu yang sukar pada dirinya dengan keluar daripada zon selesa sebagai penyanyi rap.
"Sejujurnya saya dah puas dengan pencapaian yang ada dalam kerjaya saya sebagai penyanyi rap jadi disebabkan itu saya masih terus kekal di pentas teater muzikal Ola Bola.
"Bila saya melibatkan diri dalam teater saya harus menyanyi rap, menari dan berlakon dalam satu masa jadi itu secara tidak langsung menguji kebolehan saya ketika berada atas pentas.
"Bukan semua pelakon dalam muzikal ini boleh menari dan bermain bola sepak sekali gus. Ada pelakon yang boleh menari tetapi tidak tahu bermain bola sepak.
“Oleh itu, sesi latihan intensif lebih sebulan diperlukan untuk memastikan semua pelakon dapat kemahiran sama rata,” katanya kepada Gempak.
Altimet berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Ola Bola Merdeka Tour, di Matic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Altimet kini duduk di kerusi juri tetap program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersama Datuk Awie dan Nora Danish.
MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.