HIBURAN
Mahu Kepastian, Uqasha Senrose Pernah Persoal Doktor 'Betul Ke Anak Saya' - "Takut Salah Sebab Muka Dia Macam..."
Pelakon, Uqasha Senrose menyatakan dia pernah berasa ragu-ragu sekiranya Hawra Uqaira adalah benar-benar anak perempuannya.
Menerusi hantaran di TikTok, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, berkongsi bahawa dia pernah bertanyakan doktor jika Hawra Uqaira adalah puterinya kerana wajah kanak-kanak itu yang berbeza dengan dirinya dan suami, Kamal Adli.
undefined “Tengoklah mana ada macam muka Uqasha atau Kamal ke. Uqasha pernah tanya doktor ‘betul ke anak saya?’,” kongsi Uqasha ringkas.
“Maksud Uqasha takut tersalah tertukar dengan baby orang yang sama-sama beranak, sebab muka dia (Hawra Uqaira) macam Cina,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat tentang rupa paras Hawra yang dikatakan seiras dengan Kamal Adli.
“Ikut muka bapa dia, cuba tengok betul-betul.
“Banyak ikut muka bapa.
“Muka dia ikut Kamal, kulit ikut Uqasha," komen beberapa netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: 6 Bulan Jalani Penggambaran ‘Dia Imamku’, Kamal Adli Nak Tebus ‘Hutang’ Masa Bersama Keluarga - “Saya Banyak Terlepas…”
ARTIKEL BERKAITAN: “Demi Allah Saya Tak Pernah Jejak Kaki Ke Mahkamah, Bagi Bukti Mahkamah Mana Saya Pergi” - Uqasha Senrose
ARTIKEL BERKAITAN: "Mahkamah Syariah Pun Saya Tak Tahu" – Kamal Adli Nafi Dakwaan Rumah Tangga Bergolak & Fail Cerai
Sekadar info, Uqasha Senrose dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.
Hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan, Uqasha dikurniakan cahaya mata pertamanya, Hawra Uqaira pada 27 April 2024.