Kepada anda yang selalu inginkan kesempurnaan dan sesuatu yang 'ekstra', inilah jawapan kepada pencarian anda selama ini!

Dalam kesibukan menguruskan urusan harian, sudah tentu anda mahu sesuatu yang cepat dan memudahkan.

KFC kini menampilkan hidangan terbaru KFC The One Box yang mempuyai enam sajian dalam satu kotak. Ia tentu menjanjikan kepuasan kepada anda! Anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan pada masa yang sama!

Enam sajian KFC The One Box ini mengandungi Ayam KFC, Burger Zinger, Loaded Potato Bowl, Kentang Putar, Coleslow dan Minuman, inilah yang dinamakan lagi banyak lagi syok!

Tentang harganya pula, jangan risau, sudah tentu KFC menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan hidangan yang sangat menyelerakan.

Anda harus pilih salah satu antara Loaded Potato Bowl ataupun Cheezy Wedges untuk set KFC The One Box ini mengikut citarasa tersendiri.

Untuk set bersama Loaded Potato Bowl, anda boleh dapati dengan hanya RM 19.90. Bagi set bersama Cheezy Wedges pula, harganya pula hanya RM 17.90.



Apa tunggu lagi? Cepat dapatkan KFC The One Box ini! Ingat, hidangan yang kaya dengan letusan rasa ini bukan sahaja sesuai untuk anda, ia turut boleh dinikmati oleh ahli keluarga dan teman-teman, bawa mereka ke restoran KFC berhampiran segera!