Hiburan
Mahu Kurangkan Berat Badan, Kang Gary Bertinju
Bekas anggota Running Man, Kang Gary melakukan aktiviti sukan tinju sebagai salah satu cara untuk mengurangkan berat badannya.
Gary atau nama sebenarnya Kang Hee Gun telah berkongsi satu video khas buat tatapan peminat menerusi akaun media sosial Weibonya semalam.
Video tersebut menunjukkan penyanyi rap berusia 39 tahun itu sedang bersungguh-sungguh dan fokus melakukan latihan meninju disebuah pusat sukan di Korea.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Gary menjelaskan dia bertekad dan berjanji untuk mencapai berat badan ideal tahun ini.
Inisiatif Gary itu mendapat pujian peminat dan rata-ratanya memberikan sokongan terhadap aktiviti sihat yang dilakukan olehnya.
Terdahulu, Gary pernah melibatkan diri dalam sukan tinju selama lebih 10 tahun selain mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri seperti Taekwando dan Hapkido.
Teks oleh: Mya Amri