Sudah lama rasanya pempengaruh dan selebriti media sosial kontroversi, Safiey Illias mendiamkan diri.

Namun, baru-baru ini, usahawan yang juga turut bergelar penyanyi itu kembali berkongsi perkembangan terkini di Instagram.

Menerusi hantaran lain, Safiey turut mendedahkan yang dia kini dalam proses untuk menjenamakan semula diri selain ‘menukar’ namanya kepada NurWanita BetyNa.

Selain itu, Safiey turut menjelaskan yang dia kini mahu memberi fokus pada dirinya dan bisnes sahaja.

“Sekarang nak fokus my business only. Cinta-cinta ni kita letak tepi. Sebab mood bipolar kita tengah fasa manic. So tengah semangat nak berbisnes. So segala benda kita tolak tepi. Ni la struggle orang ada bipolar. Mood boleh bertukar-tukar.

“Sehari kadang-kadang boleh jadi 30 atau 40 kali. Sekejap happy melampau. Sekejap sedih melampau. Sekejap blur melampau. Sekejap sayang melampau, sekejap boleh menyampah melampau. Sebab tu kita takut nak bercinta,” katanya.



Safiey menambah, dia menjauhkan diri daripada fasa bercinta keran bimbang jika dia menyakiti perasaan orang lain.

“Sebab kita takut menyakiti hati orang tu. Sebab kita sendiri dalam kondisi emosi yang mudah swing. Melainkan org tu faham dan boleh terima tu tak apa. Tapi pengalaman kita 4 bekas kekasih kita semua boleh faham.

“Paling lama boleh faham 9 tahun. Hehe. So sorry kalau kita boleh reply mesej awak 24 jam kemudian kita boleh ignore awk tiba-tiba 24 minggu.

“Sebab kita memang macam tu. Bipolar. Dan sebab kita taurus agaknya,” tutup Safiey.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.